Sukacita dimaklumkan, Unit Pusat Sumber akan menganjurkan 2 aktiviti berskala sederhana seperti berikut :

1. Butiran : Program, "Jom Baca Bersama-Sama @ 10 Minit"
Tarikh : 22 April 2021 (Khamis)
Masa : 11:00 Pagi - 11:10 Minit
Durasi Masa : 10 Minit
Tempat : Sudut "Bicara Ilmu", Aras 1, Pusat Sumber IPGKDA
** Buku akan disediakan pada setiap tempat duduk ruang "Bicara Ilmu"

 

2. Butiran : Pertandingan Selfie Sempena Program, "Let's Read Together"
Tarikh Pertandingan : 22 April 2021 (Khamis) - 30 April 2021 (Jumaat)
Syarat Penyertaan : Sekeping foto kreatif menggambarkan aktiviti anda sedang membaca bersama-sama keluarga / jiran / sahabat handai. Sekeping foto mewakili SATU akaun media sosial Facebook anda.

Jangan lupa sertakan foto kreatif anda bersama-sama 5 tanda pagar (hashtag) seperti dinyatakan menerusi poster ini.

Syarat Penyertaan Penuh : Sila rujuk poster yang dilampirkan. Hadiah-hadiah menarik menanti anda.

"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"

"Membaca Memanjangkan Usia"

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pusat Sumber di talian sambungan 323.

Selamat membaca dan semoga berjaya ???