Admin IPGKDA

Hanya untuk kegunaan Admin Portal IPG Kampus Darulaman sahaja

Admin Login Only

Admin Login

 



Organisasi : Mengenai Kami

SEJARAH DAN PROFIL

Institut Perguruan Darulaman ditubuhkan pada 1 Jun 1990 di kampus Universiti Utara Malaysia yang berpindah ke Sintok, Kedah. Sekumpulan 218 orang pelajar, beberapa orang pensyarah dan staf sokongan dari Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur adalah peneroka awal.

Luas kampus ini adaiah 25 hektar, yang terdiri daripada lapan buah bangunan akademik, sebuah bangunan pentadbiran, sebuah bangunan gerakerja kokurikulum (GERKO), sebuah bangunan Budisiswa, sebuah dewan besar dan sebuah bangunan pusat sumber. Kampus ini juga menyediakan berbagai kemudahan seperti surau, gelanggang permainan dan kemudahan sukan serta olahraga.

Kampus ini dikongsi bersama dengan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (lAB). Dua buah bangunan akademik diduduki oleh IAB.

Institut ini mengendalikan Kursus Perguruan Asas Pengajian Sekolah Rendah Lima Semester dalam bidang Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Agama Islam, Sains dan Matematik serta Matematik dan Muzik. Bagi menyediakan guru untuk sekolah menengah pula, institut juga mengendalikan Kursus Perguruan Lepas Ijazah dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah, Pengajian Melayu dan Sastera, Perdagangan dan Perakaunan serta Perdagangan dan Ekonomi Asas. Di samping itu, mulai sesi 1995 satu kursus baru diperkenalkan iaitu Kursus Perguruan Lepas Diploma dalam bidang Sains.

Institut ini juga mengendalikan kursus dalam perkhidmatan iaitu Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun dalam bidang Program Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Pemulihan serta Bimbingan dan Kaunseling. Sementara itu Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu dalam bidang Komputer Dalam Pendidikan dan Bimbingan dan Kaunseling telah juga diperkenalkan.

Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang menggantikan KSPK telah diperkenalkan pada bulan Julai 1996 manakala Kursus Diploma Perguruan Malaysia pada bulan Ogos 1996. Perangkaan pada 1 November 1996 menunjukkan bilangan pelajar Institut Perguruan Darulaman adalah seramai 2128 orang. Mereka terdiri daripada 354 orang guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia, 221 orang peserta Kursus Perguruan Lepas Ijazah, 138 orang peserta Kursus Lepas Diploma, 1133 orang peserta Kursus Perguruan Sekolah Rendah dan 282 orang peserta Kursus Perguruan Sekolah Rendah Semester tiga, empat dan lima dan 282 orang peserta Kursus Diploma Perguruan Khas.

FALSAFAH IPDA

Usaha yang terancang dan berterusan akan melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri kepimpinan profesional, berteraskan ketuhanan serta beriltizam dalam menangani perubahan semasa ke arah kecemerlangan pendidikan.

OBJEKTIF ORGANISASI IPG

PIAGAM PELANGGAN

Mempastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang telah disediakan
Mengeluarkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan satu minggu selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
Menganugerahkan Diploma Pe-guruan kepada lulusan enam bulan selepas peperiksaan akhir diumumkan;
Menghantar senarai nama pela-jar semester akhir ke jabatan dan bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke sekolah enam bulan sebelum mereka menamatkan kursus


MISI IPDA

Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik kearah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

VISI IPDA

IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru

HALA TUJU


Objektif Operasi IPG


WAWASAN IPG KAMPUS DARULAMAN

i) Mewujudkan budaya dan tamadun ilmu di kalangan guru yang meliputi budaya membaca, berfikir, berkreatif dan berinovatif.
ii) Melahirkan insan guru yang beretika dan bermoral tinggi serta sentiasa menjaga imej profesional perguruan.
iii) Mengeluarkan guru terlatih yang bersemangat penyayang, bertimbang rasa dan bertoleransi.
iv) Membentuk masyarakat guru yang berpandangan futuristik terhadap perkembangan kemahiran keguruan.
v) Memastikan guru-guru dapat mengamalkan budaya penyayang.

 

LIRIK LAGU IPGKDA

[Download lagu]

Menjunjung cita negara

melahirkan insan mulia

seimbang dan harmonis

berdispilin , jujur dan setia

  • bersama bersatu hati

    mengeratkan perpaduan

    semoga hasrat murni

    tercapai dan berkekalan

  • majulah IPDA

    sinar ilmu di utara

    rela mendidik

    memimpin negara jaya

    tekun berusaha

    menuju cita yang mulia

    kamilah guru

    harapan negara Malaysia