PENGENALAN

Unit Praktikum merupakan sebuah unit yang diwujudkan bagi memperkukuhkan amalan profesional perguruan.  Hal ini sejajar dengan visi dan misi IPGM iaitu, untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, Pelan Strategik Transformasi IPG melalui Transformasi IPG telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini. Melalui Pelan Strategik Transformasi ini, pemantapan amalan profesional telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran latihan guru di setiap IPG kampus. Pemantapan amalan profesional ini merangkumi tiga kompenen iaitu, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum dan internship.

FUNGSI UNIT  

Malaksanakan dasar Amalan Profesional yang ditetapkan oleh IPGM.
Merancang dan mengenal pasti penempatan pelajar bagi PBS, praktikum dan internship pelajar.
Memaklumkan penempatan PBS, praktikum dan internship kepada JPN dan sekolah-sekolah yang terlibat.
Merancang dan menguruskan maklumat dan taklimat pengurusan amalan profesional kepada pelajar, pensyarah penyelia dan guru pembimbing.
Menguruskan surat pelantikan pensyarah penyelia praktikum dan pelantikan guru pembimbing pelajar.
Memastikan pelajar hadir menjalani praktikum mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikum.
Menguruskan dan membentangkan keputusan praktikum untuk disahkan di dalam mesyuarat JKIAPIPG.