Jabatan Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Darulaman mengandungi tiga unit, iaitu Unit Perancangan dan Pengoperasian Dasar, Unit Penyelidikan dan Inovasi dan Unit Perhubungan Luar dan Antarabangsa. Unit Perancangan dan Pengoperasian Dasar bertanggungjawab merancang hala tuju strategik pengoperasian dasar latihan bagi Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan IPGK. Unit Perhubungan Luar dan Antarabangsa pula bertanggungjawab merancang, mengurus dan menentukan program kerjasama dan pengantarabangsaan IPGK selaras dengan tuntutan kluster 7 Pengantarabangsaan, Inisiatif Transformasi IPG KPM. Manakala, Unit Penyelidikan dan Inovasi bertanggunjawab mengendalikan aktiviti berkaitan penyelidikan, penerbitan, inovasi dan melaksanakan kajian penilaian kualiti guru baharu (iSSKP). JPPI juga terlibat dalam membantu melaksanakan kajiankajian penilaian program bawah kendalian Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM. JPPI juga membantu dan mengurus penyertaan pensyarah dan pelajar dalam seminar penyelidikan atau pertandingan inovasi anjuran pihak luar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Selaras dengan Kluster 3, Inisiatif Transformasi IPG KPM, iaitu “Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi”, JPPI menguruskan dua program utama di IPG KDA, iaitu Seminar Darulaman (SEDAR) dan Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Maka JPPI sentiasa setia memacu ke arah kecemerlangan program kerjasama dan pengantarabangsaan, penyelidikan, inovasi bertaraf antarabangsa.