KATA ALUAN KETUA JABATAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Bismillahirrahmannirrahim,

Teknologi Pendidikan merupakan ilmu yang perlu dikuasai oleh semua pelajar. Sehubungan dengan itu jabatan ini menawarkan kursus yang mampu untuk  membina kompetensi pelajar ke arah menjadi guru yang cemerlang dan berinovasi. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh para pensyarah di jabatan ini mampu untuk mendidian pelajar ke arah pendidikan yang gemilang. Diharapkan, anda akan menemui informasi berkaitan pembelajaran dalam portal ini. Sebarang masalah, sila hubungi Jabatan Teknologi Pendidikan. Kami sedia membantu anda.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 Ahmad Raji Bin Harun
Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Darulaman

  

PENGENALAN JABATAN

Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP) mengendalikan kursus berkaitan bidang Teknologi Pendidikan untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Kursus yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP ialah Kursus Bidang Generik, iaitu Kursus Kemahiran Belajar dan Kursus Wacana Penulisan. Manakala bagi pelajar PISMP, kursus yang ditawarkan ialah Kursus Asas Pendidikan, iaitu Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Elektif Terbuka Penerbitan Video, Elektif Terbuka Fotografi dan Elektif Terbuka Pengurusan Pusat Sumber. Bagi program PDPP pula, kursus yang ditawarkan ialah Kursus Bidang Asas Pendidikan, iaitu Teknologi dan Media Pengajaran. JTP terdiri daripada Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dan Unit Sains Perpustakaan (SP). Matlamat JTP adalah untuk melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan Teknologi, Media serta Sains  Perpustakaan. JTP sentiasa komited untuk membina kecemerlangan, penyelidikan dan inovasi yang cemerlang melalui pengendalian kursus-kursus praperkhidmatan, kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme. JTP juga sentiasa berusaha menyokong transformasi peningkatan kualiti pensyarah, peningkatan kualiti pelajar dan pemantapan pembangunan profesional keguruan seperti yang termaktub dalam kluster inisiatif tranformasi IPGM.

FUNGSI JABATAN

Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP) yang berkaitan dengan Sains Perpustakaan, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan e-Pembelajaran Memberikan pengalaman teori dan praktikal kepada warga pendidik tentang ilmu berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan dan aplikasi media pengajaran terkini dalam pendidikan.

 

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

  1. Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP) yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi 
  2. Mengendalikan kursus berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  3. Menawarkan konsultasi dan kepakaran untuk perisian aplikasi dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada pensyarah IPG KDA dan penjawat awam sekitar negeri Kedah

UNIT SAINS PERPUSTAKAAN

  1. Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP) yang berkaitan dengan pengurusan sumber pendidikan 
  2. Mengendalikan kursus berkaitan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah dengan menawarkan konsultasi dan kepakaran dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah kepada Guru-Guru Pakar dan Guru Perpustakaan dan Media khusus dalam pembinaan Pusat Sumber Cemerlang
  3. Mengendalikan program bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN) seperti NILAM dan Pusat Sumber Cemerlang.

UNIT e-PEMBELAJARAN

  1. Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP) yang berkaitan dengan kemahiran e-pembelajaran.
  2. Mengendalikan kursus berkaitan kemahiran generik berkaitan e-pembelajaran dan aplikasi dalam talian,
  3. Menawarkan konsultasi dan kepakaran untuk perisian aplikasi dan kemahiran Alat Digital (Digital Tools) kepada pensyarah IPG KDA dan penjawat awam sekitar negeri Kedah