JABATAN SAINS SOSIAL
‘JSS Pemangkinan Keilmuan Dinamik’

 

1.0 Pengenalan
Jabatan Sains Sosial (JSS) mengendalikan kursus berkaitan dengan kurikulum kursus Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah, Pendidikan Seni Visual (PSV), Reka Bentuk Teknologi (RBT), Pengajian Sosial dan Pendidikan Muzik bagi Program Persediaan Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kursus-kursus yang ditawarkan ialah kursus major, elektif teras dan juga elektif terbuka. Matlamat JSS bertanggungjawab melahirkan guru yang berkualiti, berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan bidang kurikulum yang dikendalikan. Kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Sains Sosial mendapat pengiktirafan selaras dengan keperluan MQA (Malaysian Qualification Agency) serta standard MS ISO yang terkini. Unit Sejarah pula merupakan Tier 1 yang mana kepakaran dalam bidang Sejarah didapati daripada pensyarah yang mempunyai kepakaran berfokus kepada bidang tumpuan (P1) dan pensyarah-penyarah yang mempunyai kepakaran menggubal Maklumat Kursus (MK) untuk kursus-kursus PISMP, PPISMP, PITO dan PDPP. Selain itu, JSS juga mempunyai kepakaran pensyarah (P1) dalam bidang Pendidikan Seni Visual dan Reka Bentuk Teknologi. Seterusnya Unit Pendidikan Muzik di Jabatan Sains Sosial berkemampuan untuk memberi kursus-kursus elektif teras dan bimbingan secara tutorial dan amali dari segi teknikal dalam permainan alat muzik. Unit Pengajian Sosial mampu mengendalikan kursus-kursus generik. Jabatan Sains Sosial berhasrat melahirkan pendidik guru yang berpandangan positif dan progresif berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan sahsiah diri yang berkualiti.