PENGENALAN

Jabatan Sains dan Matematik (JSM) ditubuhkan pada tahun 2019 demi memenuhi kehendak penstrukturan semula IPG Kampus Darulaman (IPG KDA). JSM merupakan wahana IPG KDA untuk mengendalikan kursus berkaitan bidang Sains dan Matematik untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP ialah Kursus Generik Statistik Asas (GSA1072), Kursus Tumpuan Matematik Asas (MTZ1024) dan Kefahaman Sains dan Kemahiran Saintifik (SCZ1064) bagi Program Bimbingan dan Kaunseling. Manakala bagi program PISMP kursus yang ditawarkan ialah Kursus Teras Matematik dan Sains, Kursus Elektif Matematik dan Kursus Elektif Terbuka, iaitu Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013). JSM terdiri daripada dua unit, iaitu Unit Matematik dan Unit Sains. Matlamat utama JSM adalah untuk melatih dan melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran berkesan yang berkaitan dengan bidang Sains dan Matematik sekolah rendah. Dengan perkembangan dan kemajuan dunia yang semakin pesat, JSM perlu menyediakan diri untuk melahirkan insan guru yang betul-betul kompeten sesuai dengan keperluan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK 21). JSM akan terus komited dalam membangunkan tahap profesionalisme dan budaya kerja cemerlang ahli-ahlinya.

 

FUNGSI JABATAN

  1. Melaksanakan pelan strategik jabatan sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, Pelan Transformasi        IPG 2016 - 2025 dan Pelan Strategik IPGK Darulaman 2020 – 2022
  2. Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda        Perguruan (PISMP)
  3. Melaksanakan kurikulum Asas Statistik bagi semua ambilan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP)
  4. Melaksanakan kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan kepujian Matematik Pendidikan  Rendah dan Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan kepujian Sains Pendidikan Rendah selama empat tahun
  5. Mengendalikan kursus berkaitan dengan Sains dan Matematik dalam Pendidikan yang dianjurkan oleh Unit Latihan  Dalam Perkhidmatan (ULDP)
  6. Membimbing dan membantu pelajar semasa praktikum, menyempurnakan kerja kursus dan kajian penyelidikan
  7. Menguruskan kemudahan bagi empat Makmal Sains serta Studio Sains