PENGENALAN

Jabatan Pengajian Melayu (JPM) ialah jabatan yang menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dengan sejarah perkembangan bahasa Melayu, linguistik Melayu, fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, kesusasteraan, kesantunan masyarakat Malaysia dan kemahiran bahasa Melayu. Jabatan ini terdiri daripada lima unit, iaitu Unit Bahasa dan Komunikasi, Unit Pedagogi, Unit Kesusasteraan dan Kebudayaan, Unit Penyelidikan dan Inovasi serta Unit Penerbitan. JPM mengendalikan kursus berkaitan bidang bahasa Melayu untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Mulai 2019, JPM telah menerima pelajar major Bahasa Melayu sebanyak lima unit dan tiga unit pada tahun 2020. JPM IPGKDA mempunyai kekuatan dari segi tenaga pengajar yang berkaliber dan berwibawa serta berkepakaran dalam membantu dan menyelesaikan masalah bahasa di IPG Kampus dan sesiapa yang memerlukan bantuan. Terdapat empat orang Munsyi Dewan Bahasa dan tiga orang Adiguru di JPM. Selain itu, JPM juga bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk usaha pemartabatan bahasa dan sastera Melayu.