Print
Category: Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Hits: 410

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (JPJK)
‘Kecemerlangan Kognitif, Afektif dan Psikomoto bermula di sini’

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Jabatan Pendidkan Jasmani dan Kesihatan (JPJK) ialah jabatan yang bertanggungjawab terhadap Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman amnya dan Timbalan Pengarah khususnya dalam hal yang berkaitan bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, iaitu pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan, pendidikan kokurikulum dan ekstra kurikulum. Jabatan ini terdiri daripada tiga unit, iaitu Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Unit Kokurikulum dan Unit Ekstra Kurikulum. JPJK mengendalikan kursus berkaitan bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kokurikulum untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pendidikan (PDPP).

2.0 Fungsi Jabatan

2.1 Memberikan pendidikan yang selaras dengan kurikulum bidang pengajian bagi memastikan kemantapan pelajar dari        aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

2.2 UNIT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

2.2.1 Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program               Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Rendah
2.2.2 Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pelan strategik Jabatan PJ&PK
2.2.3 Bertindak sebagai ‘Programme Owner’ bagi kursus PJ&PK serta memastikan Pelaksanaan Jaminan Kualiti dan                 Penambahbaikan “Self Review Report” (SRR) Kursus
2.2.4 Bertindak sebagai penggubal Maklumat Kursus (MK) kursus PJ&PK. Memastikan Pencapaian Matlamat dan hala             tuju pelaksanaan Kurikulum - Hasil Pembelajaran Kursus dan Hasil Pembelajaran Topik bagi kursus PJ&PK
2.2.5 Merancang dan melaksanakan agihan kursus dan interaksi serta membimbing, memantau dan menilai                               pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran, soalan dan kerja kursus PJ&PK dan peperiksaan
2.2.6 Membimbing, memantau dan menilai pelaksanaan amalan profesional jabatan PJ&PK. Membimbing, memantau               dan menilai pelaksanaan penyeliaaan kajian tindakan, penulisan ilmiah dan inovasi pelajar
2.2.7 Memastikan kecemerlangan Penyelidikan, Penulisan Ilmiah dan Inovasi unit PJ&PK
2.2.8 Menyelaras aktiviti perancangan, penggubalan, pemurnian, percetakan dan pengedaran bahan sumber pengajaran           dan pembelajaran. Membimbing, memantau dan menilaiPembangunan Profesionalisme Pensyarah
2.2.9 Merancang penyediaan anggaran perbelanjaan tahunan Jabatan PJ&PK. Mengawal selia aset dan sumber                       Jabatan  PJ&PK. Bertanggungjawab memantau dan menyelia prestasi pensyarah dan staf pelaksana di Jabatan               PJ&PK, Merancang, menyelia dan menyelenggara bilik-bilik khas Jabatan PJ&PK

2.3 UNIT KOKURIKULUM

2.3.1 Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program               Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Rendah
2.3.2 Mengendalikan kursus berkaitan kokurikulum permainan, olahraga, unit beruniform, persatuan, pengurusan                       kokurikulum dan Bina Insan Guru
2.3.3 Membimbing pelajar menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan pelajar merancang,                     mengurus dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum di sekolah
2.3.4 Memupuk sifat kepimpinan dan membina daya pemikiran yang tajam, inovatif, kreatif dan daya tahan pelajar dalam           menghadapi tugas
2.3.5 Melahir dan mengembangkan bakat, potensi dan kepimpinan guru pelatih dalam kegiatan sosial, kebudayaan dan            khidmat masyarakat yang boleh membantu usaha ke arah mencapai matlamat integrasi, perpaduan dan                            masyarakat penyayang
2.3.6 Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni, amalan demokratis, berdisiplin, taat, bersikap           positif, toleransi dan patriotisme

2.4 UNIT EKSTRAKURIKULUM

2.4.1 Menyelaras dan menyediakan draf perancangan pelaksanaan program/aktiviti Ekstra Kurikulum,
2.4.2 Membantu Jurulatih.Penasihat Ekstra Kurikulum dalam merancang aktiviti tahunan,
2.4.3 Memberi taklimat dan memantau pelaksanaan program Ekstra Kurikulum,
2.4.4 Mengendalikan mesyuarat perancangan program/aktiviti Ekstra Kurikulum untuk semester berkenaan                                 bersama-sama Ketua Pensyarah Penasihat,
2.4.5 Menguruskan pemilihan program/aktiviti Ekstra Kurikulum pelajar PPISMP
2.4.6 Mengumpul dan mengesahkan laporan aktiviti semester daripada pensyarah penasihat dan
2.4.7 Menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan aktiviti Ekstra Kurikulum terutama penglibatan luar pelajar dari                 semasa ke semasa.