PENGENALAN

Perubahan struktur baharu di peringkat IPGM telah meletakkan Jabatan llmu Pendidikan di bawah Pusat Kecemerlangan Akademik dan secara spesifiknya berada di bawah Jabatan Pendidikan Holistik. Jabatan llmu Pendidikan merupakan jabatan yang mengendalikan kursus pengajian profesional bagi semua program pengajian yang ditawarkan di IPG Kampus Darulaman. Kursus yang ditawarkan meliputi tujuh kursus di peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, lima kursus di peringkat Program Diploma Perguruan pascaijazah dan satu kursus di peringkat Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selain itu, jabatan ini turut dipertanggungjawabkan mentadbir urus prasekolah IPG Kampus Darulaman. Visi Jabatan llmu Pendidikan adalah untuk melahirkan guru yang dapat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan profesionalisme keguruan yang terbaik dan berdaya saing. Jabatan ini juga berusaha untuk merealisasikan misi untuk memberi pendidikan pengajian profesional yang berkualiti serta menepati keperluan transformasi pendidikan negara ke arah era Revolusi Industri 4.0. Justeru, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjurus kepada pembelajaran bermakna melalui reka bentuk model pengajaran pensyarah dan model pembelajaran pelajar. Model-model ini mampu memandu pensyarah dan pelajar untuk melaksanakan elemen 6C iaitu komunikasi, kreativiti, pemikiran kritis, kolaboratif, kewarganegaraan dan sahsiah serta diikuti oleh unsur pemanfaatan digital bagi setiap elemen. Hal ini untuk memastikan kursus-kursus yang ditawarkan kekal relevan dengan perkembangan transformasi pendidikan semasa. Pensyarah-pensyarah di jabatan ini juga turut bergiat aktif dalam penyelidikan dan pembentangan kertas kerja serta penerbitan artikel jumal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, kumpulan inovasi jabatan ini turut mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Usaha mewujudkan jaringan dengan sekolah serta agensi luar turut giat dijalankan supaya IPG khususnya kursus llmu Pendidikan kekal relevan.

 

Fungsi Jabatan

  • Melaksanakan pelan strategik jabatan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, Pelan Transformasi Institut Pendidikan Guru 2016 - 2015 dan Pelan Strategik IPG KDA 2020 – 2022.
  • Meningkatkan profesionalisme pensyarah di Jabatan llmu Pendidikan dalam pelbagai bidang kepakaran, antaranya falsafah pendidikan, pedagogi, pentaksiran, psikologi pendidikan, dan kepimpinan instruksional melalui penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
  • Melahirkan modal insan guru yang kompeten dalam mempraktikkan pelbagai disiplin ilmu pendidikan selari dengan transformasi pendidikan negara.
  • Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan bagi memenuhi Hasil Pembelajaran Kursus dan Objektif Pendidikan Program bagi kursus-kursus pengajian profesional yang dikendalikan oleh jabatan ini.
  • Membudayakan perkongsian amalan melalui komuniti pembelajaran profesional (PLC) untuk memastikan perkembangan profesionalisme pensyarah seiring dengan transformasi pendidikan pada abad ke-21.
  • Mengurus pelaksanaan Prasekolah IPG Kampus Darulaman yang merupakan sebuah prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai sebuah teaching school IPGKDA