PENGENALAN

  • Jabatan Bimbingan dan Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman merupakan jabatan akademik yang mengendalikan program pengajian PPISMP dan PISMP bidang Bimbingan dan Kaunseling. Jabatan ini berperanan dan bertanggungjawab dalam menghasilkan modal insan guru dalam bidang bimbingan dan kaunseling yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten agar terus kekal diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Program Bimbingan dan Kaunseling juga merupakan salah satu bidang kebitaraan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Oleh itu Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG KDA sentiasa berusaha memastikan kualiti program yang dikendalikan sentiasa dipertingkatkan agar dapat memenuhi keperluan kebitaraan tersebut. Selain itu modal insan guru yang dilahirkan juga dapat memenuhi standard piawaian dan kelayakan yang telah ditetapkan dan seterusnya layak untuk didaftarkan sebagai kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Situasi ini amat selari dengan proses transformasi IPG dalam inisiatif peningkatan kualiti pensyarah, pemantapan kualiti kurikulum, pemantapan kualiti pelajar dan seterusnya pemantapan pembangunan profesionalisme keguruan. Jabatan ini turut meluaskan jaringan kolaboratif dengan agensi kerajaan dan swasta bagi melahirkan modal insan guru dalam bidang bimbingan dan kaunseling yang berketerampilan dalam semua aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran.

FUNGSI JABATAN

  • Merancang, mereka bentuk, memantau, menganalisis dan menilai kurikulum PISMP Bimbingan dan Kaunseling
  • Merancang, mereka bentuk, memantau, menganalisis dan menilai pentaksiran dan penilaian di bawah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
  • Menentukan, merancang dan menjalankan kajian semula kurikulum, pentaksiran dan penilaian bidang-bidang berkaitan di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
  • Merancang, mereka bentuk, memantau, menganalisis dan menilai semua program pembangunan profesionalisme semua unit di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
  • Mewujudkan jaringan profesionalisme dengan agensi luar berkaitan kurikulum di bawah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
  • Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan dan Kewangan di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling.

 MAKLUMAT PELAJAR PISMP dan PPISMP

Ambilan PISMP Lelaki Perempuan Jumlah
Jun 2018 17 71 88
Jun 2019 11 7 18
Jun 2020 26 44 70
Jumlah Keseluruhan 54 192 170

 

Ambilan PPISMP Lelaki Perempuan Jumlah
Jun 2020 6 38 44

Data kemaskini sehingga 31/3/2021

 

AKTIVITI SEMASA JABATAN

Program : Bengkel dan Semakan Maklumat Kursus(MK) Kurikulum PISMP IPGKPM - Bidang B&K

Tarikh : 7-8 April 2021 (Rabu-Khamis)

Tempat : IPG Kampus Perlis

Anjuran : IPGM