www.ipda.edu.my

Untuk Kegunaan Admin IPGKDA Sahaja

Admin Login Here

Admin Login Form

 

Admin Login Here

Admin Login Form

 



  • Aluan Datin Pengarah

    Selamat datang kepada para pengunjung Portal Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa portal web kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman informasi ini dan telah merealisasikan portal web baru dengan melangkah ke arah matlamat sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama.

    Teruskan»

  • IPGKDA Aerial View

    Video menarik mengenai seluruh kampus IPGKDA melalui pandangan dari dron [atas talian - youtube]

    Lihat Video »

  • Love IPGKDA

    Gambar Penuh »


Sepintas Lalu

IPG Kampus Darulaman merupakan salah satu daripada 27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terletak di Jitra, Kedah. Semenjak perpindahannya dari Maktab Perguruan Lembah Pantai pada tahun 1990, IPG Kampus Darulaman telah mengendalikan pelbagai kursus dan program berkaitan pendidikan dan keguruan sama ada yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran, Bahagian Pendidikan Guru ataupun pihak IPG Kampus Darulaman sendiri.


Dengan Motto `Sinar Ilmu di Utara` diharapkan IPG Kampus Darulaman mampu memberi sinar harapan yang gemilang kepada anak bangsa

BERITA Sinar Ilmu Di Utara

  • Selamat Bersara

    IPGKDA mengucapkan Selamat Bersara kepada Tn Hj Mohd Nasir bin Hamid (Jurulatih Unit Ko Kurikulum) yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 8 Jun 2017. Segala sumbangan bakti tuan amatlah dihargai dan dikenang.

  • Program Pengantarabangsaan Singapura

    Program Pengantarabangsaan ke Johor dan Singapura 2017 telah berjaya dilaksanakan oleh JK KBAT IPGKDA pada 19-22 April 2014. Program ini disertai seramai 21 orang pensyarah pelbagai jabatan/unit dan pelajar-pelajar semester 4 elektif TMK Pembelajaran Abad ke 21. Lawatan akademik telah diadakan 3 buah sekolah Amanah iaitu di SK Medini, SK Ladang Pendas dan SMK Gelang Patah Johor. Manakala lawatan antarabangsa telah dilaksanakan di Secondary Admiralty School, Primary Admiralty School dan Malay Language Centre MOE Singapura. >>

  • Pertandingan Petanque Hari Guru 2017

    Pertandingan petanque di kalangan pensyarah telah diadakan pada 16 Mei 2017 sempena Hari Guru 2017 anjuran Jab. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Keputusan pertandingan : Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) - JOHAN, Jab. Imlu Pendidikan - NAIB JOHAN, Jab. Kajian Sosial - KETIGA dan Jab Teknologi Maklumat Komunikasi (KEEMPAT). Majlis Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Timbalan Pengarah IPGKDA >>

  • Wacana Pendidikan Islam Abad 21

    Satu program Wacana Pendidikan Islam Abad ke 21 melalui konsep Wasatiyyah Peringkat Zon Utara diadakan di Dewan Besar IPGKDA pada 30 April 2017. Majlis disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato` Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. >>

  • Kursus Peralihan MS ISO 9001:2015

    Kursus Peralihan dan Kesedaran MS ISO 9001:2015 telah diadakan pada 8-9 Mei 2017 di Hotel Royal Pulau Pinang >>

  • Lantikan Pensyarah Baru

    Ustaz Ahmad Tarmizi Abu Bakar (Pegawai Pengurusan Unit Praktikum) telah dilantik sebagai pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral bermula pada 2 Mei 2017

  • Program Ceramah Isra` Mikraj

    Pada hari Khamis (27/04/2017) telah diadakan Ceramah Isra' & Mikraj di Masjid Annur, IPG Kampus Darulaman dan dikendalikan oleh Prof Madya Dr Abdul Halim bin Abdul Aziz (USM) >>

  • Selamat Datang Pensyarah Baru

    Selamat Datang diucapkan kepada Pn Suzana Sanusi, pensyarah baru yang ditempatkan di Jab. Bimbingan & Kaunseling pada 16 April 2017. Sebelum ini beliau bertugas di Jab. Ilmu Pendidikan IPG Raja Melewar.