Webmaster Corner

Capaian ini hanya untuk kegunaan Webmaster sahaja. Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada admin@ipda.edu.my

Webmaster Login

Teachers Login Form

 



Program Kalimatus Sobah

Laporan Pelancaran Program Kalimatus Sobah

Program Kalimatus Sobah merupakan salah satu program kebitaraan Bahasa Arab kendalian Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKDA yang berkonsepkan pertemuan terbuka semua pelajar Bahasa Arab dan Pendidikan Islam yang dikelolakan oleh Unit Bahasa Arab dengan kerjasama pelajar PDPLI PPC Bahasa Arab. 

Program ini diadakan pada setiap hari Rabu secara dwi mingguan antara jam 7:30 hingga 8:00 pagi bertempat di foyer Pusat Sumber yang memfokuskan kepada aktiviti kemahiran bertutur secara berpasangan berdasarkan tema yang ditetapkan melibatkan semua pelajar. Di samping itu juga, aktiviti-aktiviti pengucapan awam berbahasa Arab seperti khatabah (pidato) akan disampaikan oleh pelajar mengikut giliran yang ditetapkan. 

Program ini berobjektif untuk membudayakan kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar dan meningkatkan keyakinan untuk bertutur serta mengeratkan jalinan perkongsian akademik antara pelajar PDPLI PPC, PISMP dan PPISMP Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. 

Perasmian dan pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Norazian binti Mohd Darus, Timbalan Pengarah IPGKDA pada hari Rabu, 3.10.2018 jam 7:30 pagi di foyer Pusat Sumber institut.