Webmaster Corner

Capaian ini hanya untuk kegunaan Webmaster sahaja. Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada admin@ipda.edu.my

Webmaster Login

Teachers Login Form

 



Laporan Bengkel STEM dan Inquiry Based Science Education (IBSE) anjuran Jabatan Sains

Jabatan Sains telah menganjurkan Bengkel STEM dan IBSE untuk ahli jabatan pada bulan Juali yang lalu. IBSE merupakan pendekatan sains yang menggunakan kaedah pengajaran sains berasaskan inkuiri. STEM pula merupakan intergrasi antara Sains, Teknologi, Kejuruteraan (engineering) dan Matematik.  Pendekatan ini bukanlah sesuatu yang asing bagi pengajaran Sains, yang menggunakan strategi konstruktivism.  Strategi IBSE dan STEM sebenarnya boleh disekalikan dengan Pembelajaran Abad 21 kerana ia terletak pada kreativiti guru dalam mengintegrasikan strategi IBSE dan STEM   dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Abad 21, menekanakan empat aspek penting iaitu Creativity, Critical Thinking, Communication dan Collaboration. Manakala, Pendekatan IBSE ini melibatkan empat elemen penting iaitu Questioning, Hypothesizing, Investigating dan Communicating. Antara kandungan aktiviti di dalam bengkel tersebut ialah Pertandingan Kapal Terbang kertas, Bengkel Steam Boat, Insipirasi Inovasi bersama Cikgu Faizal (ikon inovasi), Fly Your Baloon , penghasilan RPH dan juga sesi pembentangan. Fasilitator terdiri daripada pensyarah Jabatan Sains. Program ini juga sebagai satu program sokongan utk pelajar semester 7 dan 5 menghadapi sesi praktikum fasa 1 dan 2 sebelum mereka turun membuat sesi latihan di sekolah-sekolah. Fotografi



Tarikh : 20 dan 28 Julai 2018
Tempat : IPGKDA
Sasaran : Pensyarah Jabatan Sains dan Pelajar PISMP Sains Semester 3,5 dan 7