Webmaster Corner

Capaian ini hanya untuk kegunaan Webmaster sahaja. Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada admin@ipda.edu.my

Webmaster Login

Teachers Login Form

 



LAPORAN BENGKEL PENULISAN DAN PENERBITAN BUKU

 

Buku Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesional Keguruan dan Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan Bengkel Penulisan dengan Kerjasama Dewan Bahasa Kuala Lumpur pada 16 Februari 2017. Bengkel Penulisan ini merupakan satu usaha murni ke arah menyuburkan 'budaya menulis dan berkarya ilmiah' dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Darulaman melalui penulisan dan penerbitan buku serta bahan-bahan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Bengkel ini juga bermatlamat memupuk kesedaran dalam kalangan pensyarah berkaitan kepentingan menghasilkan buku-buku ilmiah yang boleh dimanfaatkan sama ada oleh para pelajar, guru sekolah atau orang awam.

Justeru, sebagai bakal penulis adalah menjadi keperluan untuk menghadiri bengkel seperti ini, bagi memastikan hasil penulisan lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri penulisan ilmiah. Bengkel yang dihadiri oleh 76 orang peserta ini, dikendalikan oleh editor berpengalaman daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur iaitu Pn. Fazliyatun Mustafa, Ketua Editor DBP dan Pn. Norizan Muslim, Editor Kanan DPB. Antara pengisian bengkel ialah peluang penerbitan DBP, penyediaan penulisan buku, kertas cadangan Judul, hak Cipta dan insentif.

Selain itu peserta juga didedahkan dengan etika dalam penulisan buku agar penulis mendapat maklumat berkaitan undang-undang jika menceroboh hak cipta penerbit yang lain. Berdasarkan borang penilaian yang diberikan kepada peserta bengkel, rata-rata peserta berpuas hati dengan penganjuran bengkel seumpama ini dan berharap bengkel ini akan diteruskan pada masa akan datang. Pihak penganjur juga sangat berpuas hati dengan penglibatan semua peserta sepanjang bengkel ini berlangsung.

GALERI FOTOGRAFI