www.ipda.edu.my

Untuk Kegunaan Admin IPGKDA Sahaja

Admin Login Here

Admin Login Form

 

Admin Login Here

Admin Login Form

 



  • Love IPGKDA

     

  • IPGKDA Aerial View

    Video menarik mengenai seluruh kampus IPGKDA melalui pandangan dari dron [atas talian - youtube]

    Lihat Video »


Sepintas Lalu

IPG Kampus Darulaman merupakan salah satu daripada 27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terletak di Jitra, Kedah. Semenjak perpindahannya dari Maktab Perguruan Lembah Pantai pada tahun 1990, IPG Kampus Darulaman telah mengendalikan pelbagai kursus dan program berkaitan pendidikan dan keguruan sama ada yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran, Bahagian Pendidikan Guru ataupun pihak IPG Kampus Darulaman sendiri.


Dengan Motto `Sinar Ilmu di Utara` diharapkan IPG Kampus Darulaman mampu memberi sinar harapan yang gemilang kepada anak bangsa

BERITA Sinar Ilmu Di Utara

  • Berjaya Melepasi VIVA PhD

    Tahniah kepada Ustaz Dr. Mohd Zailani Ismail pensyarah akademik yang telah berjaya melepasi Viva peringkat Kedoktoran (PhD) pada 12 Februari 2019 di Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui kajian Penilaian Kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
  • STAF PELAKSANA LAPOR DIRI

    Selamat datang kepada 2 orang staf pelaksana yang baru melapor diri iaitu Fadzilah Hanum Abdullah (Unit Praktikum) dan Siti Salbiah Md Soid (Pejabat Pentadbiran).
  • KETUA PUSAT SUMBER BAHARU

    Tahniah kepada Ustaz Idham Khalil Shuib dari Unit Latihan dan Perkhidmatan yang telah dilantik sebagai Ketua Pusat Sumber baharu menggantikan Pn Fazidah Mohamad Noor yang telah bersara pilihan.
  • AL FATIHAH : SALAM TAKZIAH

    IPGKDA telah kehilangan seorang pensyarah kanan Jabatan Sains iaitu Allahyarhamah Pn. Asmahan Abd. Hadi yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Feb 2019. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diampunkan segalanya. AlFatihah
  • Program Tautan Ukhuwah M3P

    Pada 23 – 24 Januari 2019, semua ahli Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (MPPP) telah menyertai Program Tautan Ukhuwah di Jerai Hill Resort, Gunung Jerai, Kedah.  Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan membina kejelekitan antara ahli majlis...lagi | Foto

  • Munsyi Muda Bahasa

    Tahniah kepada Tn Hj Mohamad Roslan Ghazali yang telah ditauliahkan oleh Ketua Pengarah DBP dan dilantik oleh KPPA sebagai Munsyi Muda Bahasa. Munsyi Muda Bahasa (Perujuk Bahasa) ini merupakan program di bawah “Strategi 5: Mewujudkan Unit Khas Pelaksanaan Bahasa bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan santun dalam kalangan penjawat awam”, dalam rangka Pelan Tindakan Program Kebahasaan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan 2015 - 2017. Bertindak sebagai perujuk bahasa bagi warga Kementerian atau agensi iaitu,“memberikan latihan kebahasaan formal dan berperingkat kepada pegawai kementerian setiap sektor yang dilantik khas. Pegawai ini akan menjadi Perujuk Bahasa kepada kementerian.”

  • Penamaan Calon Pilihanraya Kampus

    Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dengan kerjasama Pejabat  Pilihan Raya negeri Kedah telah mengadakan hari penamaan calon untuk memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2019-2020. Proses penamaan calon pada tahun ini dilaksanakan seperti pilihan raya sebenar dengan bantuan seramai 29 orang pegawai Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah dan 25 orang Sekretariat Pilihan Raya IPG Kampus Darulaman....lagi | Foto | Foto Pilihanraya

  • Selamat Bersara

    Majlis meraikan persaraan Tn Hj Rosli Mohamed (Jab Bahasa), Pn Fazidah Mohamad Noor (KU Pusat Sumber) dan Tn Hj Mhd. Shokkeri Hj Ismail (Jab. B&K) telah diadakan di foyer pentadbiran pada 17 Jan 2019 baru-baru ini. [foto:Roslan Ibrahim] >> Foto